Kedai Jual Cermin Kereta di Selangor dan Kuala Lumpur
Tentang Kedai Cermin Kereta Kami
Sejak sepuluh tahun lamanya, Brother Windscreen menjadi kedai jual cermin kereta yang dipercayai ramai pemilik kenderaan di Kuala Lumpur dan Selangor. Dengan pengalaman luas dalam pembaikan dan penggantian cermin kenderaan, kami memberikan perkhidmatan di seluruh Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Melaka. Sekiranya cermin hadapan kenderaan anda mengalami kerosakan sama ada calar, sumbing atau retak secara tiba-tiba, kami sedia menjadi kedai ganti cermin kereta yang anda boleh harapkan. Keutamaan kami adalah untuk membaikinya terlebih dahulu sebelum membuat penggantian bagi kerosakan kritikal.
Pilihan Cermin Kereta yang Kami Jual
Setiap pemilik kenderaan mempunyai keperluan dan bajet yang berbeza. Sebagai kedai jual cermin kereta, kami menawarkan beberapa pilihan cermin hadapan: cermin original daripada jenama yang digunakan oleh pengeluar kenderaan anda; cermin OEM yang dihasilkan mengikut spesifikasi pengeluar; dan cermin alternatif yang lebih menjimatkan untuk pemilik kenderaan yang tiada perlindungan insurans cermin atau had perlindungan yang tidak mencukupi. Bagi kereta biasa seperti Proton, Perodua dan Honda, kos tukar cermin kereta tanpa insurans adalah sekitar RM400 hingga RM700, bergantung kepada model kereta dan jenis cermin. Hubungi kami dengan model kereta anda untuk mendapatkan sebut harga yang tepat.
Perkhidmatan Kami
Selain beroperasi sebagai sebuah kedai jual cermin kereta, Brothers Windscreen juga dilengkapi dengan peralatan untuk membolehkan anda menggantikan cermin hadapan kenderaan secara keseluruhan sekiranya perlu. Tidak cukup dengan itu, kami merupakan panel bertauliah yang akan membantu anda membuat tuntutan insurans terhadap salah satu daripada 17 syarikat sedia ada. Kepakaran kami dalam mengendalikan cermin kenderaan juga membolehkan kami menawarkan pemasangan cermin gelap yang masih menepati piawaian dan peraturan seperti mana ditetapkan oleh pihak berkuasa. Andai kata anda mahukan kenderaan anda kelihatan seperti baharu, petugas kami juga memberikan khidmat menggilap lampu hadapan agar ia tampak lebih bergaya.
Mengapa Pilih Kami
Cara Membuat Tempahan
Hantar salinan polisi insurans anda melalui WhatsApp supaya kami boleh menyemak perlindungan, model kereta dan stok cermin. Selepas harga dan stok disahkan, kami akan menetapkan temu janji di cawangan atau di lokasi anda. Bawa IC, kad pendaftaran kenderaan (geran) dan polisi insurans pada hari temu janji. Kebanyakan kerja tukar cermin kereta siap dalam masa 1 hingga 2 jam.
Soalan Lazim
Apakah beza cermin original dan cermin OEM?
Kedua-duanya ialah cermin dua lapis dengan standard keselamatan yang hampir sama. Perbezaan utama ialah jenama dan perincian kualiti yang kecil.
Bolehkah saya memandu kereta sejurus selepas cermin diganti?
Boleh. Elakkan mencuci kereta selama tiga hari supaya bahan kimia atau air bertekanan tinggi tidak menjejaskan pelekat. Hujan biasa tidak memberi kesan.
Bagaimana dengan pelekat RFID saya?
Pelekat RFID pada cermin lama akan rosak semasa cermin ditanggalkan. Kami boleh menggantikan dan mendaftarkan pelekat RFID baharu di semua cawangan kami.
Adakah anda menyediakan servis di lokasi?
Ya. Pasukan kami boleh datang ke rumah atau pejabat anda dalam kawasan liputan kami, iaitu Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Melaka.
Hubungilah Kami Segera!
Brother Windscreen menyediakan perkhidmatan yang teliti untuk pemilik kenderaan yang memerlukan penggantian atau pembaikan cermin. Premis utama kami terletak di Unit No 20G, Jalan Autoville 1, Cyber 10, 63000 Cyberjaya, Selangor, dan dibuka dari jam 9.30 pagi hingga 7.00 malam, Isnin hingga Sabtu. Hari Ahad dikhaskan untuk temu janji secara tempahan.
