• unexpected things happen when you least expected it
    UNEXPECTED
    THINGS HAPPEN
    When you least expected it ...
  • this add unexpected times on your already busy schedule
    THIS ADD
    UNEXPECTED TIMES
    On your already busy schedule ...
  • we bring our workshop to your doorsteps
    AFRAID NOT,
    CALL US NOW.
    And we bring our 'workshop' to your doorsteps.

Tentang Kedai Ganti Cermin Kereta Kami

Tentang Kedai Ganti Cermin Kereta Kami

Sejak sepuluh tahun lamanya, Brother Windscreen sering dianggap sebagai kedai jual cermin kereta paling dipercayai di Kuala Lumpur dan Selangor. Dengan pengalaman luas dalam bidang pembaikan cermin kenderaan, kami bersedia memberikan bantuan bagi kawasan yang bukan sahaja meliputi keseluruhan Lembah Klang malah sehingga ke Negeri Sembilan dan Melaka. Sekiranya anda melalui keadaan di mana cermin hadapan kenderaan anda mengalami kerosakan sama ada calar, sumbing atau retak secara tiba-tiba, kami lebih daripada berkemampuan untuk menjadi kedai ganti cermin kereta yang anda boleh harapkan. Keutamaan kami adalah untuk membaikinya terlebih dahulu sebelum membuat penggantian bagi kerosakan kritikal.


Perkhidmatan Kami

Selain beroperasi sebagai sebuah kedai jual cermin kereta, Brothers Windscreen juga dilengkapi dengan peralatan untuk membolehkan anda menggantikan cermin hadapan kenderaan secara keseluruhan sekiranya perlu. Tidak cukup dengan itu, kami merupakan panel bertauliah yang akan membantu anda membuat tuntutan insurans terhadap salah satu daripada 17 syarikat sedia ada. Kepakaran kami dalam mengendalikan cermin kenderaan juga membolehkan kami menawarkan pemasangan cermin gelap yang masih menepati piawaian dan peraturan seperti mana ditetapkan oleh pihak berkuasa. Andai kata anda mahukan kenderaan anda kelihatan seperti baharu, petugas kami juga memberikan khidmat menggilap lampu hadapan agar ia tampak lebih bergaya.


Mengapa Pilih Kami

Jaminan Kualiti

Berdasarkan maklum balas sebelum ini, ramai pelanggan sebelum ini yang sangat berpuas hati dengan kerja-kerja baik pulih cermin kenderaan daripada pihak kami. Tambahan pula, barang kali kami merupakan sebilangan kecil kedai cermin kereta yang menawarkan waranti sepanjang hayat bagi setiap penggantian cermin hadapan kenderaan sekiranya ia mengalami kerosakan akibat masalah kebocoran

Tenaga Kerja Mahir

Tidak banyak kedai ganti cermin kereta di luar sana yang mampu menyaingi Brothers Windscreen. Ha, biar betul! Ya, hal ini adalah kerana kami terdiri daripada golongan juruteknik dengan kepakaran terbaik terutamanya dari segi membaik pulih cermin kenderaan sama ada secara terus di lokasi atau pun dari pintu ke pintu.

Keberadaan Yang Pelbagai

Premis utama kami bertempat di Cyberjaya. Namun begitu, anda tidak perlu khuatir! Hal ini adalah kerana anda juga boleh temui cawangan kedai kami di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang termasuklah Cheras, Puncak Jalil, Bangi, dan Shah Alam. Jadi, tak perlulah nak jauh mencari kerana bantuan kami sentiasa berdekatan dengan anda.

Hubungilah Kami Segera!

Brother Windscreen menjanjikan hanya perkhidmatan terbaik buat para pemilik kenderaan yang memerlukan penambahbaikan. Kedai cermin kereta kami terletak di Persiaran Multimedia, Cyberjaya dan dibuka dari jam 9:00 pagi hingga 7:00 malam bagi bantuan jumpa terus dari Isnin hingga Sabtu, manakala hari Ahad dikhaskan bagi temu janji yang dibuat secara tempahan.