Cuba bayangkan situasi berikut: Anda sedang asyik mendengar lagu-lagu kegemaran sambil memandu kenderaan dengan tenang di atas lebuh raya yang agak sibuk dengan lalu lintas. Tiba-tiba, sebuah lori dengan muatan batu kerikil memecut dan memintas di sebelah anda secara begitu laju sehingga menyebabkan beberapa serpihan kerikil tersebut berterbangan ke arah anda. Akibatnya, cermin hadapan kenderaan anda dipenuhi dengan kesan sumbing kecil yang bukan sahaja mencacatkan pemandangan malah menyukarkan pemanduan. Alamak! Nak buat apa sekarang ini? Ha, tindakan bijak yang boleh anda lakukan sekiranya perkara sebegini berlaku ialah mencari kedai baiki cermin kereta dengan segera.

Terdapat beberapa cara yang terbukti berkesan dalam memulihkan keadaan cermin kereta daripada sumbing. Salah satu kaedah yang sering diguna pakai di kebanyakan kedai baiki cermin kereta retak ialah bahan perekat pra-campuran seperti resin epoksi. Bahan tersebut disuntik menggunakan picagari khas. Satu lagi cara yang lebih bersifat jangka pendek adalah melalui perekat bertampal. Kedua-dua mekanisme ini berteraskan kepada tujuan yang sama iaitu memastikan keretakan tidak kelihatan ketara serta menghapuskan bebuih udara di dalam kesan retak atau sumbing bagi mengelakkannya daripada menular ke sekeliling.

Adalah amat mustahak untuk anda mengunjungi kedai repair cermin kereta secepat mungkin sebaik sahaja sebarang jenis keretakan atau sumbing dikesan. Aspek kesegeraan perlu diberi penekanan lebih-lebih lagi jika kesan retak tersebut berlaku di atas permukaan cermin jenis kaca bajaan. Tidak cukup dengan itu, anda perlu lekas memulakan proses baik pulih jika keretakan yang dialami bersaiz panjang atau pun menembusi separuh daripada ketebalan cermin. Jika kesan sumbing terjadi berhampiran dengan penghujung di sekeliling cermin, anda sepatutnya merujuk kepada pakar dengan cepat.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, “Kenapa nak kena pergi ke kedai baiki cermin kereta kalau ada kesan retak? Bukannya besar sangat pun.” Eh, jangan begitu! Tanggapan sebegini seharusnya dihapuskan kerana kesan sumbing pada permukaan cermin kenderaan cenderung untuk bertukar menjadi keretakan serius sekiranya tiada pembaikan segera dilakukan. Akibatnya, keutuhan struktur keseluruhan kenderaan anda boleh terjejas tidak lama kemudian. Hal sebegini boleh sahaja dielakkan tatkala proses baik pulih lazimnya tidak memakan perbelanjaan yang banyak.

Jika anda sedang mencari kedai baiki cermin kereta retak dengan perkhidmatan terbaik dan memuaskan, usah berlengah lagi! Brother Windscreen merupakan kedai repair cermin kereta terkemuka di Lembah Klang. Kedai kami yang terletak Persiaran Multimedia, Cyberjaya dibuka dari jam 9:00 pagi hingga 7:00 malam bagi bantuan secara jumpa terus dari Isnin hingga Sabtu, manakala hari Ahad dikhaskan bagi temu janji yang dibuat secara tempahan.